Wednesday 12 October 2011

My First Entry


Pas mkn tgh hari aku trigt psl blog. Baru nk try tulis kt blog bole..Tapi xde bnde la nk post so ak juz try tulis psl dri sndri dulu. Bhn nie ak tulis mse pg kt ofis. Bosan xde watpe. Utk permulaan bole la der...slm.....


13/10/2011
KHAMIS
10.46 am
PEJABAT BMM FKT
Pagi ni tiba-tiba je angin entah datang dari mana yang buat aku tulis atau lebih tepat manaip dekat depan laptop aku ni. Aku rasa tahap kebosanan pagi ni buatkan aku sanggup buat benda-benda pelik yang aku tak pernah terfikir nak buat sebelum ni. Sebenarnya tak la pelik sangat kalau aku nak menaip tapi aku tak tahu apa yang aku nak taip ni. Semua ni salah kerajaan tak galakkan rakyat membaca, tengok minda aku  tak berkembang pun. Sudah, nak salahkan kerajaan pulak. Sendiri yang malas nak salahkan orang lain, tak sedar diri betul. Dari dulu dah terasa macam nak menulis tapi tak terbuka lagi hati belum dapat hidayah la katakan. Aku sempat jugak la google dekat internet tengok gaya penulisan untuk projek aku yang terbaru ni, dapat jugak la maklumat sikit-sikit. Gaya catatan harian lagi sesuai untuk aku guna kalau nak mengarut bila-bila masa, bahasa dia pun tak payah nak protokol sangat macam tulis biografi, tapi aku cuba la seskema yang boleh sebab nak belajar. Orang putih kata practice make perfect, poyo. Aku harap dapat la luangkan masa tiap hari untuk kemaskini aku punya catatan harian ni kalau tak, segan la nak panggil catatan harian. Tak payah la nak hangat-hangat tahi ayam je, baru betol kalo nak jadi orang. Tapi berdasarkan pengalaman aku, tak ada satu projek pun yang habis aku buat. Aduhai tak payah nak pesimis sangat, optimis sikit pagi-pagi nie. Cuba yang terbaik boleh. Diri sendiri pun kena kasi motivasi apa. Minggu ni datang pejabat tak tahu nak buat apa, itu yang boleh nak mangarut ni. Bulan depan baru nak sibuk nanti tak tau la sempat ke tak, nak buat catatan harian. Tadi baru lepas sarapan pagi nasi goreng dengan tempe, masuk pejabat balik taip tak sampai sampai satu muka surat dah mengantuk. Semua salah cerita estet semalam, alahai salahkan orang lagi. Tak la sedap sangat cerita tu tapi dah lama tak layan cerita mengarut dengan tak masuk  akal, tak salahkan kalau sekali-sekala nak ubah selera. Mengantuk lagi, terus bos-bos datang dekat meja aku ni. Bulat terus mata, entah apa la yang bos-bos ni serabut sangat. Susah betol kalo ayam bercakap dengan itik ni. Tengok betapa pentingnya komunikasi dalam  bahasa inggeris. Tapi satu yang aku tak faham apa yang hebat sangat dengan bahasa inggeris tu sampai jadi lingua franca. Kenapa bahasa lain tak boleh naik. Allah lebih mengetahuikan. Jawapan orang malas memang macam tu bukan nak fikir dulu. Bos-bos dah mula mesyuarat ni. Dah tak perlu nak berlakon dah. Aku pegi curi tulang dulu lepas makn tengah hari kalau ada masa aku mengarut lagi. Salam..

No comments:

Post a Comment